Connect with us

Viral

“Jangan fikir bukan bukan”, Netizen Ingatkan Shuib Bergaduh Rupa-Rupanya…

Siapa yang tak kenal dengan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu. Dia bukan sahaja pandai berjenaka, malah sudah berjaya dalam perniagaan meskipun masih bersedih atas pemergian isteri tersayang.

Selain itu, Shuib turut terkenal dengan gaya bersahajanya. Walaupun sudah terkenal dan mempunyai hampir segalanya, dia seorang yang sangat rendah diri malah gemar membantu orang yang kesusahan.

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok, dimuat naik oleh @shafiqabuuu di mana netizen menganggap terjadinya salah faham antara Shuib dengan seorang lelaki tua di tepi jalan dan menyebabkan pergaduhan.

Rupa-rupanya Shuib yang ditemani oleh seorang lagi kawannya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membantu lelaki tersebut. Namun ketika lelaki itu cuba menolak, Shuib pula tetap mendapatkannya menyebabkan kelihatan seperti mereka sedang bergelut.

Sifat baik hati Shuib sedikit sebanyak membuatkan netizen terkenangkan arwah Siti Sarah yang mana pasangan ini sangat terkenal dengan sikap pemurah mereka yang suka membantu orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen-komen positif serta menitipkan doa buat Shuib. Netizen mendoakan agar kebaikan yang dibuat Shuib selama ini dibalas oleh Allah SWT dengan dilipatgandakan rezeki.

Video yang tular di laman TikTok

@shafiqabuuuJangan fikir bukan bukan hari ni mungkin hari pak cik ni hari kita belum tahu lagi 🙂♬ TE MOLLA BY ROSIE SD – 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙗𝙞𝙣𝙖𝙨𝙨™

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.