Connect with us

Semasa

4 Buah Negeri Diramal Banjir Bermula Esok

Bencana banjir yang melanda di negara ini kian meresahkan ramai terutamanya mangsa-mangsa banjir yang sudah sedia terlibat dalam situasi ini.

Belum sempat reda air bah yang memusnahkan harta ramai orang awam, kini Malaysia digemparkan dengan beberapa buah negeri lagi akan dijangkakan banjir bermula esok.

Berdasarkan pemerhatian Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangkakan akan mengalami banjir ekoran daripada amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam.

Menurut sumber Astro Awani, JPS dalam satu kenyataan hari ini berkata bencana itu dijangka bermula di Kelantan pada 31 Disember pukul 8 malam di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang manakala Lembangan Sungai Golok termasuk Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang).

“Turut dijangka bermula pada tarikh yang sama di Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Besut dan Sungai Terengganu.”

“Di Pahang, kejadian itu dijangka bermula pada 1 Januari depan melibatkan daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Johor membabitkan kawasan sekitar di Mersing,” jelasnya.

Justeru, JPS menasihati penduduk di kawasan yang bakal terlibat bencana banjir berkenaan untuk kekal bersiap-siaga dengan segala kemungkinan dan cakna dengan arahan pihak berkuasa.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau di Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir,” jelasnya lagi.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.