Connect with us

Viral

Isu Tular Cikgu Fadli, Bakal Disidangkan Pada Hari Ini Oleh Lembaga Perkhidmatan Pendidikan

Silibus atau skop pembelajaran haruslah sepadan dengan umur murid. Jikalau sebaliknya, kemungkinan ia akan membunuh minat murid untuk belajar.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang guru bernama Cikgu Mohd Fadli Salleh yang telah mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau sama ada dibuang kerja atau turun pangkat, walaupun hakikatnya Cikgu Fadli ini merupakan seorang guru yang cemerlang.

Memetik ciapan yang tular di laman Twitter @farhanzulkefly, dapat dilihat bahawa Cikgu Fadli merupakan seorang guru yang sangat cemerlang dengan memperoleh 98.11% dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).

Bagaimanapun, beliau telah ditegur oleh KPM atas kesalahan membela nasib anak muridnya dengan menegur Kementerian dalam hal aras silibus terlalu tinggi untuk murid sekolah dan beg sekolah yang berat.

Difahamkan, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan akan bersidang pada hari ini selepas surat representasi yang dikemukakan oleh guru matematik berkenaan pada 14 Oktober lalu telah diterima.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali menerangkan bahawa surat yang diterima oleh guru berkenaan tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan, bahkan sebenarnya bagi memaklumkan mengenai tiga dakwaan tersebut telah diterima oleh pihaknya yang kemudian meminta penjelasan secara bertulis daripada kakitangan tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri (sementara), Ismail Sabri Yaakob pula difahamkan telah berhubung dengan Pkharuddin pada hari semalam dan berharap agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dengan situasi ‘menang-menang’.

“…saya berharap keputusan positif akan dicapai pada mesyuarat esok (hari ini). InsyaAllah apa yang digambarkan dalam surat itu seperti akan dipecat atau diturun pangkat tidak akan berlaku.

“Pihak kementerian tidak boleh melepaskan kakitangan yang mengeluarkan kenyataan di media sosial, namun dalam masa sama, hukuman yang terlalu keras kepada pegawai dan kakitangan juga adalah tidak wajar, selain pegawai dan kakitangan juga perlu menghormati kementerian,” jelasnya.

Ismail juga menyatakan bahawa pihak kementerian juga perlu mendengar pandangan daripada semua pihak ekoran pelbagai maklum balas negatif diterima ekoran tular mengenai isu Cikgu Fadli itu.

Hantaran yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.