Connect with us

Semasa

Isu Cikgu Mohd Fadli, Silibus Pembelajaran Akan Dinilai Semula Oleh KPM

Silibus ataupun sukatan pendidikan haruslah sesuai dan setara dengan tahap umur murid tersebut.

Iospital phone repair gombak

Sama juga seperti isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai isu Cikgu Mohd Fadli yang membela nasib anak muridnya lalu telah diminta untuk mengemukakan representasi kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bagi membela diri.

Umumnya, silibus pembelajaran sekolah rendah mahupun menengah di negara kita ini diguna pakai sejak tahun 2017.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin menyatakan bahawa silibus yang dirangka itu hasil daripada hasil kajian dan cadangan beberapa pihak serta guru-guru yang mempunyai kepakaran mereka tersendiri.

Terang beliau, penilaian semula silibus sekolah rendah sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Hal ini disebabkan tempoh pusingan pengguna silibus itu hampir tamat.

“Ini bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut pendekatan selama ini yang digunakan, apabila silibus itu diperkenalkan ia akan melalui satu pusingan… maknanya untuk sekolah rendah silibus ini diperkenalkan pada tahun 2017.

“Jadi ia akan digunakan dari 2017 hingga 2022, maka lengkaplah satu pusingan… yang Darjah Satu 2017 akan berada Darjah Enam pada 2022, lengkap satu pusingan… itu untuk sekolah rendah,” jelas beliau berhubung dengan isu berkenaan.

Menurut KPM, pihak mereka juga akan bersikap terbuka dengan semua pandangan dan idea daripada semua pihak termasuklah ibu bapa dan guru-guru dalam menentukan silibus pembelajaran bagi anak-anak murid akan datang.

Turut dinasihatkan agar isu yang membabitkan hal pembelajaran ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak memandangkan isu ini melibatkan pendidikan pelajar di negara kita ini.

Katanya, dapat dilihat bahawa ada beberapa individu atau kumpulan yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan menjadikan isu pembelajaran ini sebagai isu politik dalam saat mereka mendepani Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, media melaporkan mengenai isu Cikgu Fadli mengenai isu pembelajaran anak muridnya sehinggakan dia menerima surat daripada pihak KPM.

Cikgu Fadli dikatakan membela nasib anak muridnya dengan memaklumkan bahawa silibus pembelajaran yang tidak sesuai bagj tahap umur, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai, dann juga mengenai isu beg berat.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.