Connect with us

Selebriti

Isteri Persoal Mana Duit Bayaran Zamani, Penganjur Konsert Tampil Beri Penjelasan

Sejak kita menuju ke arah endemik ini, semakin banyak konsert dijalankan di negara kita. Bagaimanapun, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam pengurusan konsert tersebut.

Iospital phone repair gombak

Melalui laporan Harian Metro, isteri penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani mendakwa bahawa suaminya itu tidak menerima apa-apa bayaran walhal setelah menjayakan Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada 30 September lepas.

Penganjur konsert berkenaan, Aalan Ahmad akhirnya tampil menerangkan bahawa mungkin terdapat salah faham yang berlaku.

“Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.

“Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” jelasnya.

Menurut Aalan, kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih sebanyak 214, 31 dikutip oleh Maria Mariana, Kurnia mengutip 48 tempat duduk.

Dengan itu, kutipan keseluruhan tersebut berjumlah RM 107,120.

“Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

“Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.

“Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang,” ulas Aalan.

Sebelumnya, Juliana yang merupakan isteri kepada Zamani itu seolah-olah meluahkan rasa terkilan di status WhatsApp yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.

“Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak operate ni. Apa niat baru nak bagitahu benda ni semalam. Memang dia tengah down sekarang. Korang happy kan?

“Kalau dia decide putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation, sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade,” tulis Juliana.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.