Connect with us

Semasa

Import Ayam Beku, Malaysia Beri Kelulusan Kepada 32 Syarikat Dari Thailand, China dan Brazil

Sejak pembukaan semula sektor ekonomi, negara kita mengalami kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan pihak kerajaan terpaksa mencari inisiatif lain demi memenuhi permintaan rakyat.

Antara alternatif yang boleh dibuat pihak kerjaan untuk menyelesaikan isu tersebut adalah mengimport bekalan ayam dari negara luar.

Setakat ini, kerajaan dikhabarkan telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia kepada 32 syarikat dari tiga negara bagi mengatasi masalah kekuarangan bekalan dan kenaikan harga ayam mentah yang dihadapi rakyat.

Menurut laporan yang ditulis Astro Awani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, pengimportan dari tiga buah negara berkenaan iaitu Thailand, China dan Brazil bagaimanapun akan dihentikan sebaik sahaja bekalan ayam di negara ini kembali stabil.

“Jadi, ini langkah sementara yang dibuat MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) untuk memastikan bekalan ayam mencukupi bagi negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Benting Lintang yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Demi menjamin kualiti dan keselamatan bekalan ayam yang diimport, Ronald berkata pengimport dari negara tersebut perlu mematuhi segala syarat ditetapkan termasuk dipastikan status halal.

Pada Disember yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat memberitahu kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

Rentetan daripada itu, MAFI dalam kenyataan mememaklumkan kelulusan pengimportan ayam sejuk beku adalah untuk tempoh tiga bulan bermula Disember 2021 hingga Februari ini.

Susulan itu, MAFI dalam kenyataan mememaklumkan kebenaran pengimportan ayam sejuk beku adalah untuk tempoh tiga bulan dilihat usaha jangka pendek yang mampu menstabilkan ayam segar di negara ini, bermula Disember 2021 hingga Februari ini.

Sebelum ini, Majlis Pecah Tanah Projek PSN di Benting Lintang meninjau sebanyak 50 unit perumahan nelayan berkeluasan 800 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air bakal dibina tidak lama lagi.

Projek yang merupakan usaha sama Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu menelan kos sebanyak RM7.6 juta dan akan mula dilaksanakan Januari ini serta dianggarkan siap menjelang Julai 2023.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.