Connect with us

Politik

Ikrar BN Dilafazkan, Perbelanjaan Akan Seharam-Haramnya Jika Amanah Disalahgunakan

Lebih kurang 17 hari lagi akan tibanya hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Semakin hampir, semakin banyak pendapat ahli-ahli politik dikeluarkan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi siaran langsung Majlis Pengumuman Calon Parlimen Barisan Nasional (BN), dikatakan calon-calon BN hari ini telah berikrar akan berlaku jujur dengan amanah dan kepimpinan yang diberikan jikalau terpilih dalam PRU15 akan datang nanti.

Difahamkan, sekiranya khianat amanah ini disalah gunakan dan terlibat dengan rasuah maka perbelanjaan mereka akan menjadi seharam-haramnya.

Berikut merupakan petikan bacaan ikrar itu telah dipimpin oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Kami bersumpah dengan melafazkan wallahi wabillahi watallahi maka dengan lafaz ini berikrarlah saya dengan sesungguhnya dan dengan sebenar-benarnya mengaku selama-lamanya akan taat setia memelihara, melindungi dan mempertahankan kedaulatan perlembagaan dan undang-undang negara Malaysia,” katanya ketika memimpin ikrar berkenaan.

“Maka setiap seteru kepada negara, adalah seteru juga kepada saya. Bahawa saya juga berbai’ah dan beraku janji dengan jujur menunaikan segala amanah, kepimpinan.

“Dengan mencurahkan sedaya upaya saya untuk mengerjakan keadilan dan kesaksamaan dengan penuh integriti dan kasih sayang,” terang mereka.

Dikatakan ikrar tersebut turut menegaskan dan memfokuskan mengenai hukuman yang bakal diterima jika gagal atau khianat setelah amanah itu dikurniakan kepada mereka.

“Jika saya khianat akan amanah yang dikurniakan ini, dengan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam rasuah atau menyimpang dalam apa jua bentuk sekalipun untuk mendapat laba dan hasil dunia maka pemilikan dan perbelanjaan yang saya kerjakan itu, adalah haram seharam-haramnya,” tambah mereka lagi.

Dalam pada itu, calon-calon BN turut mengangkat sumpah agar patuh segala terma yang diberikan dan jawatan mereka harus diletakkan sekiranya keluar daripada parti.

“Bahawa saya juga berbai’iah dan bersumpah untuk mematuhi segala terma-terma dalam kontrak saya dengan parti sebagaimana yang telah ditandatangani serta akan meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan rakyat apabila saya keluar atau dipecat daripada parti.

“Maka saya sesungguhnya mengikat jiwa dan raga dengan setiap lafaz sumpah dan bai’ah ini, dengan penuh sedar dan insaf diri, bahawa tiada urusan kehidupan yang terpisah dari pembalasan yang baik dan buruk,” tambah mereka lagi.

Sebelumnya, sebanyak 222 kerusi diberikan kepada calon yang disenaraikan menerusi pengumuman penamaan calon BN.

Bacaan penuh ikrar berkenaan boleh dirujuk dalam video berikut pada durasi ke 2:19:00.

Video ikrar BN:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.