Connect with us

Semasa

Idea Kreatif Elak Dihanyutkan Banjir, Guna 69 Tong Bina Rumah Terapung

Musim banjir semakin teruk dek musim tengkujuh yang melanda negara kita pada setiap penghujung tahun. Maka, kita hendaklah sentiasa bersedia sebelum ditimpa sebarang kesusahan seperti pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Iospital phone repair gombak

Memetik laporan Sinar Harian, seorang warga emas yang menetap di Kampung Tebak, Terengganu telah mereka dan membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan sebelum dilanda banjir.

Difahamkan, kawasan tersebut sentiasa dilanda banjir pada setiap penghujung tahun.

A Bakar Che Ahmad, 67, menyatakan bahawa sebanyak 69 biji tong plastik telah digunakan sebagai pelampung untuk memastikan rumah yang mempunyai lima bilik itu akan terapung dan tidak akan ditenggelami air.

“Saban tahun, kawasan ini sentiasa banjir dengan kedalaman air melebihi empat meter, jadi saya ambil keputusan bina rumah terapung ini sebagai persediaan awal untuk sebarang kecemasan,” jelas A Bakar.

Katanya, dia terinspirasi membina rumahnya itu daripada kejayaan terdahulunya ketika berjaya menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dengan membina sebuah reban ayam terapung.

Difahamkan rumah terapung berkenaan mula dibina pada bulan Februari yang lalu dan siap sepenuhnya pada bulan lepas dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM 47,000.

Walaupun dia tidak mahir dalam bidang pertukangan, akan tetapi dia tetap berusaha menyiapkan rumahnya itu sendiri dengan menggunakan idea yang telah dirangka.

Jelasnya, dua tiang besi diletakkan di bahagian kiri dan kanan bagi membolehkan rumahnya diikat agar rumah tersebut berada dalam keadaan kukuh dan tidak dihanyutkan oleh banjir.

“Saya tinggal di sini bersama isteri dan dua anak, rumah lama dibina dua tingkat memang sering dinaiki air jadi saya buat rumah ini di sebelah.

“Rumah terapung ini masih di peringkat percubaan sebab baru siap, saya harap ia dapat terapung dengan baik ketika banjir nanti,” terang A Bakar.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.