Connect with us

Viral

Hormati Jadual Penggambaran Mat Kilau, Yayan Ruhian Hampir Lucut Dari John Wick 3

Yayan Ruhian merupakan seorang aktor dan juga pesilat dari Indonesia. Kehebatannya dalam dunia lakonan dan seni mempertahankan diri telah menarik perhatian ramai pengarah dari luar negara untuk bekerjasama dengannya.

Antara filem antarabangsa yang pernah dibintangi Yayan ialah Star Wars: The Force Awakens, 2015, Beyond Skyline, 2017, John Wick: Chapter 3 – Parabellum dan banyak lagi. Kini, namanya semakin hangat diperkatakan di Malaysia selepas menjadi watak antagonis dalam filem terbaharu Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan!

Walau bagaimanapun, Yayan hampir tidak muncul dalam John Wick 3 kerana memenuhi kontrak lakonannya untuk filem Mat Kilau. Yayan terkejut telah dihubungi oleh pihak produksi John Wick 3 pada April 2018 yang berminat untuk dia muncul dalam John Wick 3, yang memulakan penggambaran pada Mei 2018.

Yayan dengan berat hati terpaksa menolak tawaran emas itu walaupu berasa  teruja dengan panggilan tersebut.

“Mereka hubungi saya pada April 2018 dan mahu saya mula shooting pada bulan Mei. Kebetulan saya sedang shooting Mat Kilau di Malaysia. Kerana profesional dengan kontrak, saya tolak,” katanya kepada Tempo.

“Saya fikir rezeki itu diatur oleh Sang Pencipta. Rupanya filem itu memang ditakdirkan untuk saya. Empat hari setelah panggilan yang pertama itu, Pihak produksi John Wick 3 kemudiannya menghubungi saya kembali untuk atur jadual mengikut kesesuaian saya,” katanya.

Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman dipilih menyertai John Wick 3 tanpa sesi pemilihan kerana pasukan produksi John Wick 3 terpukau dengan kehebatan seni bela diri Yayan dan Cecep.

Yayan berkata bahawa pihak produksi hanya menerangkan koreografi pertarungan bersama Keanu Reeves dan berlatih untuk adegan itu. Menariknya, dialog Indonesia digunakan semasa adegan itu dan senjata kerambit dipilih untuk muncul dalam John Wick 3.

Menurut Yayan, menerima tawaran berlakon daripada Syamsul Yusof baginya adalah satu penghargaan. Katanya, nama Syamsul Yusof sudah terkenal di Indonesia kerana beberapa filemnya pernah ditayangkan di Indonesia. Yayan berharap kemunculannya dalam filem Mat Kilau mendapat sambutan penonton bukan sahaja di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanief An (@bahasa_hanief)

Yayan yang juga berada di Malaysia selama beberapa hari untuk mempromosikan filem Mat Kilau sempat menziarahi makam pahlawan Mat Kilau di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang sebelum berangkat ke Indonesia.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.