Connect with us

Semasa

Harga Tiket Syarikat Penerbangan Melambung Naik Ekoran Tarikh PRU15 Telah Diumumkan

Sedia maklum, bahawa tiket kapal penerbangan kebiasaannya akan meningkat lebih-lebih lagi ketika waktu perayaan dan seumpamanya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini pula menerusi laporan Kosmo, warga masyarakat meluahkan rasa kesal apabila terdapat syarikat penerbangan yang menaikkan harga tiket dua kali ganda pada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada 19 November hadapan.

Difahamkan, orang ramai mendakwa bahawa harga tiket penerbangan untuk pulang ke Sabah dan Sarawak tiba-tiba naik mendadak sebaik sahaja tarikh PRU15 telah diumumkan pada hari ini.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter, dia menyatakan bahawa dia berasa terkejut kerana laman web sebuah syarikat penerbangan tiba-tiba tergendala semasa dia sedang melakukan pembayaran.

Ekoran selepas laman web itu tergendala seketika, laman web tersebut telah menukar harga tiket penerbangan dua hala dari Johor ke Kuching, Sarawak yang ditempah olehnya pada 18 November menjadikan harga tiket berjumlah RM 730.

Walhal pada asalnya, hanyalah berharga dari RM 360.

Meninjau di laman media sosial Twitter, rata-rata warganet membuat ciapan meluahkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati mereka mengenai harga penerbangan yang tiba-tiba dinaikkan susulan tarikh PRU15 itu.

Antara ciapan netizen:

“Tak sampai 5minit diorang umum tarikh #PRU15 terus naik harga tiket flight ae … Dah macam pergi haji pulak, mengundi lah bagi yg berkemampuan gituuuu”

“tadi search tiket @airasia for 18 nov sbb nak balik cuti sem okay, so that time harga rm82 only. but still hold la sbb tadi tgh busy online class ingtkan nak beli la petang ni. skli SPR annouce 19hb GE15 pergh mencanak naik sampai rm205 babe. tak sampai sejam dia dia naik #PRU15”

“Wow @airasia LOG OUT kan account, tiket terus naik dari 400 ke almost 800, lepas pngumuman #PRU15. Suppress voters…. Gitewww”

Sebelumnya, media melaporkan akhirnya tarikh mengundi bagi PRU15 kini terjawab pada hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai tarikh hari pengundian.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.