Connect with us

Semasa

Harga Barang Naik Di Seluruh Dunia – Menteri Ekonomi

Negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi iaitu kenaikan harga barang. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat, namun juga golongan yang berpendapatan rendah.
Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, kita sebagai pengguna juga perlu memainkan peranan dalam konteks ini.
Sudah diketahui umum bahawa isu kenaikan harga barang merupakan fenomena global yang dialami oleh banyak negara kesan daripada gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak.
Mengikut sumber yang dilaporkan MalaysiaGazette, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakni Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, ia dapat dilihatkan daripada kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) sebanyak tujuh peratus iaitu tertinggi dalam tempoh 39 tahun selain kadar enam peratus dicatatkan negara Eropah lain.
Menurut beliau, Malaysia mencatat kenaikan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus pada Disember tahun lalu berbanding tempoh sama pada 2020.
“Isu kenaikan harga barang bukan mudah untuk ditangani namun yang penting kerajaan akan bersungguh-sungguh bagi meredakan kadar inflasi di negara ini.
“Ia dilaksanakan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan perdana menteri,” katanya hari ini di Putrajaya, selepas majlis pelancaran logo baharu dan buku-buku oleh Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB), turut dihadiri Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.
Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan, Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Disember 2021 meningkat dari 3.2 peratus kepada 124.5 berbanding 120.6 dalam bulan sama pada tahun sebelumnya berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api.
Kata jabatan itu lagi, kenaikan tersebut melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga 2021 iaitu 1.9 peratus.
Selain itu, Mustapa mengulas lanjut, NACCOL telah mengadakan mesyuarat sebelum ini bagi memperincikan langkah menyeluruh dan bersepadu dalam usaha kerajaan membendung serta memantau kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup rakyat.
Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.