Connect with us

Semasa

Harga Ayam Naik Mendadak, Bekalan Dieksport Ke Singapura Menjadi Salah Satu Punca

Kebelakangan ini, sering kita dengar mengenai kenaikan harga bekalan makanan misalnya seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam. Hal ini boleh berlaku akibat bekalan yang tidak mencukupi, cuaca dan lain-lain faktor.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang berlaku baru-baru ini, harga ayam dikatakan lebih mahal secara mendadak di Johor iaitu mencecah lebih RM 1 untuk satu kilogram sejak seminggu yang lalu.

Menerusi laporan Kosmo, Muhammad Siddiq Mohd. Sokran, 27, salah seorang peniaga di situ menyatakan bahawa harga tersebut naik sedikit demi sedikit setiap dua hari di mana pada awalnya hanya 30 sen sebelum kemudiannya naik lagi kepada 40 sen.

“Harga ayam sekarang memang naik mendadak. Ia berlaku sejak minggu lepas lagi. Setiap dua hari naik 30 sen ke 40 sen.

“Sekarang untuk ayam hidup sahaja, harga sudah hendak dekat RM8. Ia berlaku di semua tempat termasuklah di tempat saya.

“Yang kami tahu faktor kenaikan harga ayam ini disebabkan kos makanan sudah mahal. Kami juga difahamkan bekalan ayam sudah kurang kerana banyak di eksport ke Singapura,” terang peniaga itu.

Difahamkan, Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal menjelang tiba itu juga turut menjadi salah satu punca akan mengapa harga ayam boleh naik secara mendadak.

Dalam pada itu, tinjauan harga sayur-sayuran telah dibuat dan didapati harga sayur-sayuran di Johor masih tetap kekal sama dan tiada sebarang kenaikan dilakukan.

Menurut seorang pengusaha kedai runcit, Ahmad Mubarak, 39, menyatakan bahawa harga sayur tidak menentu, bagaimanapun pada ketika ini sayur masih diterima daripada pembekal yang sama.

“Harga sayur masih sama tak mahal sangat dan tak murah sangat. Sawi sampai di kedai kami pada harga RM3.50, jika dulu harganya hampir RM6. Macam sayur salad sekarang RM5.30, paling mahal sebelum ini pernah cecah harga RM8.

“Kalau harga mahal biasanya bila sayur tak ada stok barulah mereka pemborong naikkan harga,” tambahnya mengenai isu kenaikan harga sayur-sayuran.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.