Connect with us

Tech

Harga Aplikasi App Store Bakal Dinaikkan, Apple Tampil Beri Penjelasan

Umumnya, baru-baru ini Syarikat Apple telah berjaya melancarkan iPhone 14 di serata dunia. Kelihatan pelancaran iPhone 14 itu mendapat sambutan ramai dengan ciri-ciri baru yang ditambah dalam produk terbaharunya itu.

Menerusi laporan CNET, Apple dikatakan bakal menaikkan harga untuk pembelian di aplikasi, item dalam aplikasi dan langganan kepada pemilik iPhone dan iPad.

Hal ini dilakukan oleh mereka dipercayai disebabkan turun naik mata wang antarabangsa dan inflasi.

Berdasarkan laporan CNET, kenaikan harga ini akan memberi impak kepada beberapa buah negara termasuklah Chile, Mesir, Jepun, Malaysia, Pakistan, Poland, Korea Selatan, Sweden, Vietnam dan negara lain yang menggunakan mata wang Euro.

Apple turut memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa perubahan itu akan dikuatkuasakan secara automatik bermula awal Oktober akan datang.

Misalnya, aplikasi yang berharga RM 4.51 akan meningkat kepada RM 5.43.

Khususnya di Vietnam, Apple menjelaskan bahawa harga tersebut ditingkatkan sebagai tindak balas kepada peraturan cukai baharu.

Sementara itu, dikatakan perubahan atau kenaikan harga tersebut tidak akan memberi kesan kepada pembaharuan langganan automatik, bagaimanapun pemaju boleh memilih sama ada untuk mengekalkan harga sedia ada untuk pelanggan sedia ada atau menaikkan kepada harga baru.

Bukan itu sahaja, perubahan harga oleh Apple menunjukkan ketidakstabilan ekonomi ekoran kadar peningkatan inflasi di seluruh dunia dan kenaikan harga bahan api susulan krisis yang dicetuskan oleh Rusia dan juga Ukraine.

Difahamkan, kebanyakan negara telah mengambil langkah dengan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.

Hal ini dilakukan bagi memperlahankan kadar peminjaman dan pembelian.

Seperti yang kita tahu, harga produk akan semakin menurun jika pembelian dan permintaan menjadi rendah atau perlahan.

Dikatakan, adakalanya Apple akan melaraskan harga App Store dan pada waktu ini ianya berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan tidak stabil.

Apatah lagi pada masa yang sama, mereka turut telah melancarkan telefon pintar terbarunya itu.

Sekadar info, iPhone 14 yang baru sahaja dilancarkan bermula dengan harga RM4,199, manakala iPhone 14 Pro dijual dengan harga bermula dari RM5,299.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.