Connect with us

Viral

“Haram Sembahyangkan Jenazah Individu Hina Agama Islam”, Tegas Ustaz Azhar Idrus

Isu penghinaan terhadap agama Islam sejak kebelakangan ini semakin melampau-lampau. Banyak kita lihat video-video individu yang menghina Islam tular di media sosial, secara tidak langsung menimbulkan kemarahan orang ramai.

Bukan hanya orang ramai di luar sana, malah ramai penceramah agama terpanggil untuk mengulas lanjut berkenaan isu ini termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Baru-baru ini, Ustaz Azhar ada menjelaskan di dalam satu ceramah tentang hukum mengerjakan solat jenazah untuk orang yang memburukkan Islam. Beliau menegaskan bahawa jenazah individu sedemikian adalah haram untuk disembahyangkan.

Tambahnya, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa individu terbabit telah diisytiharkan sebagai kafir murtad meskipun dia mengaku agamanya adalah Islam.

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik.” katanya di dalam ceramah.

Selain itu, Ustaz Azhar mengatakan orang munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. Malah orang Islam yang memaki Islam, al-Quran serta nabi secara jelasnya adalah kafir dan jatuh murtad.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik. Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah.” katanya.

Video penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.