Connect with us

Semasa

Hakim Sahkan sekolah Vernakular Tidak Melanggar Perlembagaan Persekutuan

Sekolah vernakular dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia adalah sekolah persendirian yang menggunakan bahasa pengantar selain bahasa Melayu.

Sekolah vernakular juga menggunakan bahasa ibunda sesuatu kaum atau menggunakan bukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa urusan rasmi pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Hari ini, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular, serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantara utama di sekolah berkenaan, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi sumber Astro Awani, Hakim iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah mengambil keputusan tersebut selepas menolak saman dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan penggunaan dua bahasa iaitu Bahas Cina Bahasa Tamil di sekolah vernakular, adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.

Selain itu juga, mereka memohon pemakluman kewujudan dan penubuhan sekolah berkenaan bercanggah dengan perlembagaan.

Mohd Nazlan dalam penghakimannya menjelaskan, penggunaan bahasa selain Bahasa Malaysia tidak bercanggah dengan perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.

Menurut mereka lagi, sekolah vernakular juga dilindungi oleh perlembagaan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.