Connect with us

Politik

PRN Hanya Menyusahkan Rakyat – Hadi Awang

Sering kita lihat terpampang di muka depan akhbar sejak kebelakangan ini ahli politik bersiap siaga bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Sedang pemimpin dan ahli politik yang lain sibuk memperjuangkan parti masing-masing, ada juga sebahagian pihak yang tidak bersetuju dengan adanya PRN tidak lama lagi.

Pas menyifatkan PRN adalah strategi yang tidak sihat dan tindakan itu hanya membebankan rakyat.

Menurut laporan yang ditulis Asto Awani, Presiden parti tersebut, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata inisiatif itu diambil oleh mereka yang tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.

Tambahnya lagi, mereka yang berdepan dengan kes di mahkamah perlu membuktikan mereka tidak bersalah dan tidak perlu bimbang.

“Kita tahu yang buat strategi ini kluster mahkamah, kluster yang kalah pilihan raya ke-14, kluster yang tidak ada jawatan.

“Bukan semua dalam UMNO kluster mahkamah, ini kita tak anggap dia bersalah, orang yang dituduh belum bersalah. Kalau kita ada moral, lawan di mahkamah. Jangan susahkan rakyat. Ini nak susahkan rakyat dengan pilihan raya, ini nak selamatkan diri, susahkan rakyat. Lawan di mahkamah kalau kita betul, jangan takut,” katanya pada Jumaat lalu setelah menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang.

Selain itu, Abdul Hadi turut mempersoalkan negeri mana pula yang akan mengadakan pilihan raya selepas Johor.

“Bukan semua UMNO dari kluster-kluster saya sebutkan tadi ini yang memainkan politik yang tidak sihat. Kalau nak buat lepas pada Johor mana pula, Perak? Lepas Perak mana pula? Tak ke letih?

“Rakyat dalam keadaan yang berlaku ini, lepas satu-satu tak kan kita nak buat lepas satu negeri ke satu negeri jadi kena fahamlah,” katanya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.