Connect with us

Semasa

Guru KAFA Hanya Terima RM1K Sahaja Sebulan, Berharap Agar Kerajaan Kaji Semula Tangga Gaji

Semakin jauh kita meningkau zaman, semakin tinggi kos sara hidup yang perlu ditanggung.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, masih ada individu yang masih menerima gaji yang terlalu kurang sehingga memberikan impak terhadap diri mereka sendiri.

Menerusi laporan Kosmo, seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) mengakui bahawa gaji yang diterimanya tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidupnya.

Noor Asmaieza Daud, 40, menyatakan bahawa dia sudah berkhidmat sebagai guru KAFA sejak 15 tahun yang lalu dengan gaji permulaan hanya sebanyak RM 400 sahaja.

Menurut Asmaieza, walaupun sudah bekerja sekian lama akan tetapi tangga gajinya hanya mencapai RM 1,000 sahaja dan setelah ditolak caruman KWSP, jumlah gaji bersih yang diterimanya hanya sebanyak kira-kira RM 850.

“Memang kerja kami tidak penat seperti guru sekolah kerana hanya fokus untuk mengajar KAFA tetapi gaji yang diterima sebenarnya sedikit berbanding pekerja dalam sektor lain.

“Kami terima bayaran gaji pada setiap 15 hari bulan dan elaun yang dibayar juga tidak menentu,” terang Asmaieza berhubung dengan isu berkenaan.

Difahamkan, rupa-rupanya ramai lagi guru KAFA lain yang mempunyai pekerjaan sampingan bagi menyara kehidupan mereka.

Jelas Asmaieza, kini dia juga sedang aktif menjalankan perniagaan sampingan di pasar minggu dengan menjual produk kecantikan dan tudung.

Asmaieza harus bekerja lebih bagi mencari wang tambahan untuk menampung gajinya yang tidak melebihi RM 1,000 itu.

“Saya mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM400 seminggu sekiranya berniaga di pasar minggu. Pendapatan jualan saya lebih banyak daripada gaji yang diperoleh sebagai guru KAFA.

“Saya dan suami yang bekerja sendiri perlu mencari inisiatif untuk menyara tujuh anak kami yang berusia antara empat bulan hingga 17 tahun. Tidak boleh bergantung sepenuh kepada pendapatan sebagai guru KAFA,” ulas lanjutnya.

Beliau turut meluahkan harapan beliau agar kerajaan dapat mengkaji semula gaji guru KAFA pada zaman kini.

Hal ini juga disebabkan martabat guru agama dalam Islam adalah tinggi.

Demikian kata Asmaieza, sepatutnya gaji yang diterima oleh guru KAFA adalah setimpal dengan khidmat yang diberikan kerana guru-guru KAFA ini jugalah yang memberikan ilmu agama yang bakal menjadi pedoman kepada anak-anak suatu hari nanti.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.