Connect with us

Semasa

“Genap 15 hari..” Tiada Kewujudan ‘Kluster Bossku’, Najib Razak Luah Rasa Syukur

Setelah 15 hari pertuduhan yang melibatkan bekas perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tiada sebarang kenyataan melibatkan kesihatan mereka yang menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah bagi memberi sokongan kepada Najib.

Rentetan daripada itu, Najib Razak telah menzahirkan rasa syukur kerana belum ada laporan yang mengatakan bahawa terdapat peserta yang positif wabak pendemik tersebut menerusi Facebooknya semalam.

Namun begitu, diakhir perkongsian tersebut, Najib telah menitipkan pesanan agar tidak berlaku lagi perkara sebegitu kerana kita masih perlu melakukan penjarakkan fizikal dan pematuhan SOP kerana negara masih belum bebas daripada ancaman Covid-19.

“Hari ini genap 15 hari selepas penghakiman mahkamah tinggi kes SRC saya. Ini bermakna tiada kluster Najib tercetus sebab tempoh inkubasi Covid 14 hari sudah berlalu.

“Alhamdulillah. Tapi kita jangan ulangi kesilapan hari itu. Kita perlu sentiasa mengamalkan SOP demi kebaikan semua.”

Terdahulu, perhimpunan yang berlangsung di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan pertuduhan buat Najib Razak berhubung kes SRC.

Susulan itu, timbul kegusaran orang ramai yang melihat para peserta perhimpunan langsung tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan bimbang akan wujud ‘kluster Bossku’.

Ada juga yang meminta polis mengambil tindakan kompaun kerana jelas menunjukkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu melanggar SOP.

Bekas Perdana Menteri itu, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Bagi tuduhan pecah amanah, Najib didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu antara Disember 2014 dan Mac 2015 di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, ibu negara.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram, dia didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram melalui sistem yang dipindahkan mengikut sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (rentas) dan didepositkan ke dalam akaun peribadi miliknya di AmIslamic Bank Berhad.

Sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.