Connect with us

Semasa

Gelandangan di Kuala Lumpur Bakal Diberikan Latihan dan Kerja

GELANDANGAN di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan bermula 1 Mei depan. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat pagi ini sebagai inisiatif mengurangkan gelandangan di ibu negara yang kini berjumlah 800 orang. Katanya, ia juga dipersetujui beberapa […]

Seramai 800 orang gelandangan di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan bermula 1 Mei depan, lapor Harian Metro.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat pagi ini sebagai inisiatif mengurangkan gelandangan di ibu negara.

Ia juga dipersetujui beberapa syarikat yang ingin bekerjasama dengan kementeriannya bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Tambahnya lagi, Kementerian akan menyediakan peluang pekerjaan iaitu antara 500 ke 700 termasuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu di Lembah Klang.

Gelandangan juga akan diserapkan sebagai sebahagian daripada tenaga kerja bergaji harian yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu tapisan akan dibuat dalam masa dua minggu untuk memberikan mereka pilihan sama ada ingin bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran dengan gaji permulaan RM1,400 seorang berserta elaun.

Mereka juga diberi pilihan untuk bekerja secara harian di bawah pengendalian DBKL, sebagai pekerja am yang membolehkan mereka mendapat pendapatan tidak kurang RM1,200 sebulan.

Malah, satu latihan akan dilaksanakan untuk membolehkan saringan sama ada mereka sesuai untuk bekerja sebagai operator pengeluaran atau pekerja am DBKL.

Annuar juga berkata, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan, gelandangan terbabit akan dipindahkan di asrama dan memulakan kehidupan baru.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.