Connect with us

Viral

Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka, Kepala Anggota TLDM Ditampar Pesara

Sudah menjadi amalan kita apabila bertemu saudara seagama di mana-mana tempat akan bersalaman. Tambah-tambah lagi ketika selesai solat fardu berjemaah di masjid.

Sunah berjabat tangan adalah menggenggam tapak tangan kanan kita ke atas tapak tangan kanan saudara kita sambil tersenyum memandang wajah mereka.

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 36 saat di TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak menampar kepala seorang jemaah di masjid.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Noh Omar Sappi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 30-an yang juga anggota TLDM.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku Kejadian dipercayai berlaku di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Luat Diraja (TLDM) Lumut pada jam 5.10 petang selepas selesai solat Asar.

Suspek, pesara TLDM bersalaman dengan mangsa sebelum tiba-tiba menampar belakang kepalanya sehingga terkena di bahagian telinga kanan.

“Susulan itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya.

Punca kejadian adalah disebabkan suspek, 46 tahun tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa tidak memandang mukanya ketika bersalaman.

“Ia menyebabkan suspek berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya,” katanya.

Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, mangsa enggan meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis yang telah dibuat. Oleh itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Video yang tular di laman TikTok

@serindit4722-07-22 2337 bersalaman itu mulia♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.