Connect with us

Semasa

Gara-Gara Rasuah RM50 Pada Polis, Pekerja Ladang Warga Bangladesh Didenda RM3K

Rasuah ini tidak kiralah berapa nilai sekalipun yang ditawarkan atau diterima, rasuah tetap salah di sisi undang-undang. Oleh itu, pihak yang berwajib hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi mengatasi masalah rasuah di negara kita.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Harian Metro, telah dilaporkan seorang pekerja ladang warga Bangladesh telah didenda sebanyak RM 3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah berjumlah RM 50 kepada seorang anggota polis.

Pengakuan tersebut telah dibuat oleh si tertuduh, Khan Obaydul, 30, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Difahamkan, mahkamah turut menetapkan hukuman selama satu bulan penjara jikalau tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Dan dikatakan, tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan yang telah dibuat, Khan dikatakan telah cuba memberi wang siuapan sebanyak RM 50 kepada seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ayer Tawar.

Dikatakan, tertuduh bertindak sedemikian disebabkan balasan baginya kerana melepaskan dia daripada diambil tindakan undang-undang atas kesalahan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

Kesalahan itu telah dilakukan oleh tertuduh di kawasan Jalan Kampung Muhibbah, Ayer Tawar pada jam 2 petang, 11 Mei pada tahun lepas.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, di mana jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

RM 50 yang sebelumnya dijadikan suapan itu telah dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada kerajaan Malaysia.

Kes ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor, manakala tertuduh pula tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Sekadar info, tahun ini sahaja SPRM telah merekodkan sebanyak 807 kes yang melibatkan rasuah dalam pelbagai sektor antaranya penjawat awam, pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional, sokongan, awam, swasta, orang awam, dan lain-lain.

Berbeza dengan tahun 2021, 851 kes rasuah direkodkan sepanjang tahun tersebut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.