Connect with us

Viral

Gara-Gara Gagal Hentikan Hujan Di Konsert, Rakyat Indonesia Dakwa ‘Bomoh Hujan’ Malukan Indonesia

Beberapa bulan yang lepas ‘Bomoh Hujan’ atau wanita bernama Mbak Rara telah dipanggil ke litar Mandalika kerana ‘dimandatkan’ untuk meredakan hujan lebat bagi melicinkan lagi acara MotoGP di sana.

Tular dengan video yang memaparkan dia membawa bekas tembaga sambil mengetuk-ngetuknya di dalam hujan sepanjang litar, dia telah meraih kepercayaan rakyat Indonesia untuk mengawal cuaca. Baru-baru ini lebih kurang sama juga kisahnya.

Beberapa hari lalu tular sebuah video di Instagram, dimuat naik oleh @fakta.indo yang menunjukkan Mbak Rara muncul di satu konsert yang tidak diberitahu lokasinya di mana. Seperti biasa, tugasnya di sana adalah untuk menghentikan hujan.

Pada mulanya, Mbak Rara dilihat sedang gembira menari di konsert tersebut sambil melambai-lambai orang ramai. Tak lama selepas itu, hujan turun dan penonton terpaksa memakai baju hujan sepanjang konsert berlangsung.

Walau bagaimanapun, kegagalannya menghentikan hujan telah menimbulkan kesal di jiwa rakyat Indonesia. Malah, ada seorang individu mendakwa Mbak Rara hanya memalukan negara sahaja!

“Video viral sebelum konsert, Mbak Rara dijemput sebagai pengendali hujan, dan ternyata hujan juga,” tulis pemilik akaun Instagram tersebut di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut jelas kedengaran suara perakam video mempersoalkan mengapa hujan masih turun walaupun sudah ada bomoh yang diupah untuk mengawal hujan.

“Ya Allah, macam mana ni hujan,” kata perakam video dalam loghat daerah di Indonesia.

Kini, video yang tular tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 44.1 ribu dan 44,173 tanda suka!

Video ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Kebanyakan yang melihat video tersebut hanya mampu ketawa selain menyatakan bahawa Mbak Rara adalah pengendali hujan palsu.

Video yang tular di laman Instagram

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.