Connect with us

Semasa

Gangguan LRT Kelana Jaya Line, Penggantungan Operasi Bermula Hari Ini Selama 7 Hari

Pengangkutan awam merupakan suatu keperluan bagi setiap pengguna terutamanya di kawasan bandar. Oleh hal demikian, tugasan harian setiap pengguna pengangkutan awam bakal tergendala dan sukar untuk dilakukan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bernama di laman Twitternya, RapidKL dimaklumkan telah mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya Line.

Difahamkan, gangguan perkhidmatan LRT itu melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula pada hari ini.

Berdasarkan hantaran berkenaan, penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November ini dan melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam sahaja.

16 Stesen LRT yang terlibat dalam penggantungan operasi itu ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan yang terakhir sekali Ampang Park.

Bagi stesen-stesen yang lain pula, akan meneruskaan operasi seperti biasa.

Bagaimanapun, stesen-stesen tersebut akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.

Selain daripada itu, turut dikongsikan laluan alternatif dengan menggunakan MRT, LRT Petaling Line, bas dan kemudahan pengangkutan awam yang lain.

Sekadar info ketika artikel ini ditulis, ‘RapidKL’ tercatat sebagai tempat pertama ‘trending Twitter’ berikutan masalah gangguan perkhidmatan LRT yang berlaku sehingga menyukarkan pengguna.

Manakala AskRapidKL di laman Twitternya pula memuat naik suatu hantaran mengenai gangguan teknikal yang berlaku dan menasihat pengguna untuk menggunakan alternatif lain.

“Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Gangguan teknikal di antara Stesen KLCC dan Kelana Jaya. Pengguna dinasihat untuk menggunakan altenatif lain. Kami mohon maaf di atas kesulitan,” tulisnya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.