Connect with us

Viral

Gaji RM1.6K Bersyarat Kerja Lebih Masa Tidak Dibayar, Tindakan DBP Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Tahun demi tahun, kos sara hidup semakin meningkat lebih-lebih lagi pada saat ini ketika dunia mengalami kadar inflasi. Bagaimanapun, masih ada lagi majikan yang mengambil kesempatan dengan memberikan gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang diberikan.

iospital phone repair gombak

Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook pengguna Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak beliau telah memuat naik satu perkongsian yang sedia menerima calon-calon yang berkelayakan untuk hadir temu duga pada 18 Oktober ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah gaji yang ditawarkan sebanyak RM 1,600 sebulan tetapi dengan syarat pemohon sanggup bekerja lebih masa tanpa sebarang bayaran tambahan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat bahawa tiada sebarang bayaran tambahan untuk bekerja lebih masa adalah sangat tidak patut seakan menganiaya pekerja sendiri.

Walau bagaimanapun, masih ada warganet yang memuji tindakan DBP kerana terus memaklumkan perkara yang sebenar tanpa berselindung sebarang fakta mengenai jawatan kosong itu.

Antara komen netizen:

“Nak kederat org. Suh kje lbih masa dgan prcuma .. x ubah sprti kuli korg buat. Smbang pemikiran matang dn maju .. maju kpala otk korg je la.🤭😂”

“Nama pun dah MyStep, memang kena pijak lah alamatnya kalau kerja lebih masa”

“‘sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih masa’.. okey ptut cari org.. selamat maju jaya kpda yg terpilih”

“sanggup kerja lebih masa tanpa bayaran… hempuk dgn kamus dewan baru sel2 otak kome berhubung kot”

“mystep mmg tiada elaun lebihan masa.. sekurang-kurangnya dia mention dlm iklan siap2..jujur betul iklan ni”

“Kira bagus juga DBP ni sebab berterus terang nak orang sanggup kerja lebih masa tanpa bayaran, dari setengah majikan menipu dan manipulasi gaji pekerja.”

Hantaran yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.