Connect with us

Viral

“Gaji Bangla Buruh Lagi Tinggi Dari Kami Staff Taska”, Gadis Kecewa Gaji Tak Naik-Naik

Kenaikan gaji minimum daripada RM1200 ke RM1500 telah bermula pada 1 Mei tahun ini. Walaupun penguatkuasaan tersebut dikeluarkan sendiri oleh pihak kerajaan, masih ada sektor-sektor yang belum dinaikkan gaji sehingga ke jumlah itu.

Walaupun sudah hanpir sebulan penguatkuasaan itu berlaku, terdapat beberapa pihak yang mengadu masih tidak menerima bayaran sebanyak RM1500 sebagai gaji minimum malah jumlah yang diberi kurang daripada yang ditetapkan kerajaan.

Seperti yang tular baru-baru ini di Twitter di mana seorang pembantu taska meluahkan perasaannya dan mempersoal mengapa golongan seperti mereka masih belum dinaikkan gaji.

Menurut individu yang dipercayai bekerja sebagai pembantu taska itu, dia dan rakan-rakan sekerjanya yang lain tidak menerima gaji minimum yang ditetapkan kerajaan di sebalik ramai kanak-kanak diambil untuk diasuh dengan kadar RM300-RM1000 setiap seorang.

Yang lebih membuatkan individu ini tidak berpuas hati adalah apabila melihat gaya hidup pemilik taska yang memakai serba serbi barang mewah sehingga kurang cakna dengan kebajikan pekerja di bawah mereka.

Rentetan daripada itu, dia turut menyoal tindakan kerajaan terhadap pekerja seperti mereka atas rasa tidak puas hatinya itu tadi. Luahnya lagi, pekerjaan yang berkaitan dengan kanak-kanal kecil memang mengudang tekanan selain terpaksa melibatkan fizikal dan mental.

Oleh itu, dia sendiri tidak hairan jika berlakunya kes penderaan kanak-kanak di taska mahupun mana-mana pusat jagaan kerana penat lelah mereka tidak dibayar setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan pendapat yang diutarakan individu. Malah bersimpati dengan pekerja taska. Pun begitu, ada yang memberi pandangan seperti gaji minimum yang diwajibkan kerajaan kepada pekerja tidak sesuai diaplikasikan kepada beberapa sektor pekerjaan kerana membebankan majikan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Tweet yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.