Connect with us

Politik

“Mana janji2 Dato’?” Video Sultan Johor Tegur Menteri Tular

Satu video di laman Twitter tular baru-baru ini dimana Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan tegas menegur menteri yang berjanji untuk menaiktaraf kelengkapan latihan tentera ketika berucap di sebuah upacara rasmi melibatkan tentera.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, Sultan Ibrahim turut mempersoal kepada bekas menteri yang ada ketika itu, ‘Mana janji-janji dato?’

“Saudara-saudari sekalian, semenjak saya menjadi kolonel komandan regimen gerak khas 7 tahun yang lalu. Saya telah dengar banyak janji-janji yang ditaburkan oleh menteri, timbalan menteri dan ketua angkatan tertinggi tentera. Namun malangnya sehingga ke hari ini masih ada janji-janji yang belum ditunaikan.”

“Pada hari ini saya nak tanya lagi, mana diving pool ataupun kolam renang untuk latihan meyelam yang sepatutnya dibina di kem ini. Malah saya juga dijanjikan sebuah istana yang dijanjikan untuk dibina dalam kem Iskandar. Bayangnya pun saya belum nampak. Saya rasa bekas menteri pertahanan masa itu, kalau tidak silap saya, (tidak jelas) Latiff. Mana janji-janji dato?”

“Saya harap pemimpin yang ada pada hari ini akan bertanggungjawab untuk mengotakan janji-janji yang telah dibuat,” titah baginda Sultan Johor sambil disambut sorakan sokongan, “Betul-betul.”

Bagaimana pun, netizen juga sangat bersetuju dengan sikap Sultan yang dikatakan ‘direct‘ dan tiada bertapis malah sangat tepat.

Video yang tular di laman Twitter:

Untuk rekod, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Almarhum Sultan Iskandar pernah melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan.

Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Jadi tidak hairan lah jika sikap tegasnya dibawa sehingga kini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.