Connect with us

Semasa

Foto Bantuan Banjir Tengku Zafrul Cetus Kritikan Netizen

Sekeping gambar yang memaparkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menaiki bot didakwa milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) ketika meninjau situasi banjir yang tular dalam media sosial mengundang kritik pelbagai pihak dan netizen.

Berdasarkan gambar tersebut, Tengku Zafrul dipercayai menaiki bot bersama kakitangan dan jurugambar untuk merakam misi mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Perbuatan itu secara tidak langsung mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai.

How Tai menjelaskan, peranan Tengku Zafrul adalah mengkoordinasi bantuan kewangan untuk misi menyelamat dan mereka terjejas dengan banjir, bukannya melakukan tindakan seperti di dalam gambar yang ditularkan tersebut.

“Kerja anda adalah duduk di pejabat, koordinasikan saluran kewangan kepada penyelamatan dan mereka yang terjejas 24/7.

“Bukan naik bot Nadma dengan jurugambar makan tempat orang lain. Tempat YB, jurugambar dan geng tu dah boleh muat enam kotak air mineral, tiga kotak roti untuk 18 keluarga,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.