Connect with us

Semasa

Fenomena Gerhana Bulan Penuh, Dapat Disaksikan Seluruh Negara Pada Petang Ini

Seperti yang kita tahu, gerhana bulan merupakan salah satu peristiwa alam yang menarik untuk kita lihat. Gerhana bulan ini merupakan fenomena yang terjadi apabila kedudukan Bumi berada di antara Matahari dan Bulan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Wiser, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka akan dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh pada petang ini.

Difahamkan, Gerhana Bulan Penuh ini boleh berlaku apabila Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi.

Secara ringkas, Bumi berada di tengah-tengah antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan segaris.

Maka dengan itu, Bumi akan menutup cahaya Matahari ke Bulan.

Kebiasaannya, Bulan memantulkan sinaran matahari dan sebab itulah Bulan kelihatan bersinar pada malam hari.

Berdasarkan hantaran yang dikongsi oleh Agensi Angkasa Malaysia, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Selain itu bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena gerhana bulan penuh itu hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9:56:08PM.

Bagi mereka yang menetap di Semenanjung, fenomena gerhana bulan penuh dapat disaksikan pada jam berikut:

Bermula – 6:58 PM
Berakhir – 9:56 PM

Dikatakan, fenomena ini berlaku mulai jam 4:02 PM dan berakhir pada jam 9:56 PM waktu tempatan.

Walau bagaimanapun, beberapa fasa pertama dapat disaksikan dari bumi Malaysia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Mufti Selangor juga, mereka tidak ketinggalan menganjurkan program atas talian di halaman Facebook mereka.

Cerapan secara langsung akan dikongsikan oleh mereka dari 2 lokasi iaitu balai cerap di Sabak Bernam, Selangor dan Tanjung Labian, Sabah.

Sekadar info, siaran langsung Jabatan Mufti akan diadakan pada jam 5 PM.

Hantaran di laman Facebook:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.