Connect with us

Semasa

Facebook Rugi RM590 Billion, Pelabur Mahu Zuckerberg Dipecat.

Facebook terpaksa menanggung kerugian USD$146 bilion (RM593.49 bilion) pada hari ini akibat kejatuhan saham sebanyak 20%. Mark Zuckerberg juga menerima kesan dimana beliau turut rugi sebanyak USD$16 bilion di dalam satu hari.

Facebook mencatatkan kerugian terbesar ini sehari selepas eksekutif syarikat itu meramalkan margin keuntungan syarikat akan menurun pada tahun hadapan dan seterusnya.

Lebih teruk buat Mark Zuckerberg, beliau didesak untuk dipecat oleh para pelabur Trillium Asset Management. Trillium memiliki saham  Facebook sebanyak USD$11 juta (RM44.71 juta).

Model perniagaan Facebook dikatakan terancam selepas isu maklumat peribadi mencetuskan kebimbangan pelanggan sekaligus mencetuskan kebimbangan di Wall Street, kata penganalisis.

Untuk rekod, Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekelas sains komputer pada tahun 2004.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.