Connect with us

Viral

Empat Maut Manakala 70 Cedera Di Gelanggang Laga Lembu, Colombia

Laga lembu merupakan acara sukan yang ganas kerana melibatkan darah, kecederaan dan kematian seekor lembu atau beberapa ekor lembu.

Sukan laga lembu merupakan sukan klasik dan masyhur di Sepanyol, Portugal, selatan Perancis, dan negara Amerika Latin. Bagi penduduk di sana, acara ini dianggap menghiburkan secara tidak langsung mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Baru-baru ini sekurang-kurangnya empat orang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera parah selepas pentas utama gelanggang lembu jantan di Colombia runtuh semalam, lapor Daily Mail.

Berlaku di pusat bandar El Espinal, pentas tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu dilihat sesak dengan penonton sebelum rebah dan terhempas ke tanah.

Detik-detik kejadian dirakam dan tular di media sosial mulai semalam. Video itu menunjukkan huru-hara, dengan orang ramai melarikan diri dari runtuhan dan seekor lembu jantan berkeliaran di padang.

“Terdapat empat orang yang meninggal dunia setakat ini iaitu dua wanita, seorang lelaki dan seorang lagi kanak-kanak.

“Manakala kira-kira 30 orang cedera parah.. itu laporan awal,” kata Gabenor Jabatan Tolima, Jose Ricardo Orozco.

Menurutnya, kakitangan perubatan masih memindahkan mangsa yang cedera ke hospital tempatan untuk rawatan.

Sementara itu, Luis Fernando Velez, pegawai perlindungan awam tempatan, berkata beliau tidak tahu berapa ramai orang yang masih tertimbus dalam runtuhan di tempat kejadian.

Acara ini adalah sebahagian daripada Festival San Pedro yang paling popular di rantau ini. Ia menunjukkan orang ramai menghadapi seekor lembu jantan kecil.

Sementara itu, Presiden Colombia Ivan Duque mengarahkan siasatan terhadap insiden itu. Beliau turut menyatakan solidariti kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Video yang tular

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.