Connect with us

Luar Negara

Elon Musk Sah Beli Laman Twitter Lebih RM200 Bilion, Sekaligus Menjadi Pemegang Saham Terbesar

Hanya sekadar hasrat sahaja pada awalnya, akhirnya Elon Musk kini telah berjaya memiliki laman sosial yang memiliki ramai pengguna di serata dunia itu iaitu Twitter.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, individu terkaya di dunia itu telah berjaya membeli laman sosial Twitter dengan jumlah sekitar $44 bilion (~RM 208 bilion).

Menerusi pembelian Twitter tersebut, secara tidak langsung beliau menjadi pemegang saham terbesar di dalam platform berkenaan.

Menurut ciapan yang telah dibuat di laman Twitternya, Elon telah berkongsikan video beliau memaparkan beliau telah memulakan hari beliau di pejabat dengan masuk ke pejabat dengan membawa sebuah sinki.

Video tersebut dibuat sebagai salah satu jenaka ringan yang ingin dikongsi bersama pengikutnya.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai sehingga mengejutkan orang ramai ialah tindakan drastiknya sejurus sahaja pembelian Twitter selesai dilakukan.

Tidak sampai 24 jam beliau mengambil alih Twitter, Elon Musk telah mengejutkan orang ramai dengan bertindak memecat empat individu penting syarikat tersebut yang terdiri daripada CEO dan CFO syarikat Twitter, lapor media tempatan.

Tindakan drastik yang dilakukan Elon Musk telah mendesak CEO dan CFO Twitter ini agar diiring keluar daripada pejabat serta merta.

Mengulas dari segi tanggungjawab syarikat, Elon Musk dilaporkan sedia menggalas jawatan tersebut buat sementara waktu.

Bukan itu sahaja, Elon turut dilaporkan telah memecat individu yang menyekat Donald Trump untuk melakukan ciapan secara bebas di Twitter bermakna secara tidak langsung membenarkan bekas presiden Amerika Syarikat itu kembali aktif di laman Twitter.

Dikatakan hubungan baik beliau bersama Donald Trump, dan misi beliau dalam menjadikan Twitter menjadi sebuah platform yang harmoni serta bebas daripada segala pendapat dan ‘spam’ antara faktor yang membuatkan beliau memilih untuk membeli platform tersebut.

Elon Musk turut mendakwa bahawa beliau tidak berniat untuk membuat duit menerusi Twitter, menerusi ciapan beliau.

Dalam pada itu, masih ramai yang menantikan langkah seterusnya daripada Elon Musk dalam mengetahui strategi dan impak yang bakal beliau bawakan kepada Twitter selepas berbelanja sekitar RM 208 bilion demi mendapatkan platform Twitter ini.

Ciapan yang dibuat Elon Musk:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.