Connect with us

Semasa

Elon Musk Mahu Bina ‘Bahtera Nuh’ Moden Angkut Sejuta Orang Ke Marikh

Usahawan Elon Musk telah mencapai kemasyhuran global sebagai ketua eksekutif pembuat kereta elektrik Tesla Inc. (TSLA), Ketua Pegawai Eksekutif dan pereka utama syarikat angkasa lepasnya SpaceX, dan baru-baru ini diumumkan sebagai manusia terkaya di dunia!

Kejayaan dan gaya peribadinya telah menimbulkan perbandingan dengan taikun berwarna-warni lain dari sejarah Amerika Syarikat, termasuk Steve Jobs, Howard Hughes dan Henry Ford.

Manusia terkaya di dunia itu telah mempunyai perancangan untuk membawa umat manusia ke planet Marikh sejak beberapa tahun lepas. Pada 2016, dia berkata dia mahu membina roket yang mampu membawa orang ke Marikh dan menyokong bandar kekal di planet ini.

Dalam perancangannya itu ada disebutkan dia ingin membawa seramai satu juta manusia ke sana dengan menaiki 1000 ‘Bahtera Nuh Moden’ yang akan dibinanya.

Menurut laporan Bussiness Insider, dia berkata dengan menjadikan manusia sebagai hidupan multiplanet, ia akan membantu untuk memelihara ekosistem Bumi dengan lebih baik. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bakal tiada spesies lain yang akan dibawa ke planet Marikh sebaliknya hanya manusia sahaja.

Elon Musk yang terinspirasi daripada kisah agama berkata, kapal angkasa itu diberi nama sebagai ‘Bahtera Nuh Moden’ kerana dipercayai mampu menyelamatkan manusia daripada pengakhirannya.

SpaceX dilapor membina kapal angkasa itu untuk mengangkut kargo dan manusia, bukan sahaja ke Bulan dan Marikh malah ke planet-planet lain!

Kapal yang bakal siap nanti terdiri daripada dua bahagian iaitu penggalak peringkat pertama yang dikenali sebagai Super Heavy dan bahagian atas kapal yang dikenali sebagai Starships.

Selain itu, Super Heavy dan Starships juga dirancang sebagai kenderaan yang boleh diguna semula. Ia akan diperkuatkan dengan enjin baharu yang dikenali sebagai Raptor. Dengan kebolehan ini, dia berkata dapat menjimatkan kos untuk program-program penjelajahan angkasa.

Kapal angkasa milik SpaceX ini juga mendapat perhatian NASA yang merancang untuk menggunakan kenderaan tersebut bagi program Artemis, iaitu sebuah program untuk menghantar manusia ke bulan sekali lagi dalam beberapa tahun akan datang.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.