Connect with us

Luar Negara

Elon Musk Bakal Buang Kira-Kira Lebih 3000 Pekerja Twitter, Arah Jangan Datang Lagi

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan billionaire popular, Elon Musk yang juga merupakan CEO Tesla, Inc.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Elon Musk difahamkan telah membeli laman media sosial Twitter dan telah berjaya menjadi pemilik laman media sosial tersebut.

Menurut laporan media tempatan di laman Twitter, Twitter akan mula membuang pekerjanya bermula pada hari ini.

Tindakan drastik ini dilakukan kerana hasrat Elon Musk untuk menjadikan platform tersebut supaya lebih menguntungkan.

Difahamkan, sebuah emel telah dihantar secara besar-besaran kepada para pekerja yang berkhidmat untuk laman Twitter berkenaan.

Melalui emel tersebut, nasib pekerja-pekerja Twitter akan ditentukan sama ada disambung kontrak atau diberhentikan mulai hari ini.

Emel ini dikatakan telah dihantar sejak hari semalam dan meminta pekerja yang terlibat agar tidak masuk ke pejabat bermula pada hari Jumaat.

“Sebagai usaha untuk meletakkan Twitter dalam landasan yang sihat, kita akan melalui pelbagai proses yang rumit untuk mengurangkan tenaga kerja global.

“Kami maklum bahawa tindakan ini akan mmemberikan kesan kepada beberapa individu yang telah memberikan sumbangan bernilai terhadap Twitter, tetapi tindakan ini perlu diambil untuk memastikan kejayaan syarikat untuk terus maju ke depan,” tulis sebahagian daripada kenyataan email tersebut.

Jumlah pekerja yang bakal dibuang tidak dinyatakan secara jelas, akan tetapi menurut laporan Washington Post dan New York Times terdahulu pernah melaporkan bahawa ianya bakal melibatkan kira-kira separuh daripada 7,500 pekerja syarikat salah satu laman media sosial terbesar itu.

Terdahulu, dikatakan bahawa para pekerja Twitter sudah siap sedia menerima berita buruk tersebut sejak Musk telah melengkapkan pengambil alihan Twitter sepenuhnya bernilai RM 208 bilion pada minggu yang lalu.

Mulai dari itu, Elon Musk menyebut tentang pembaharuan yang bakal dibuat secara terbuka, termasuklah tindakan beliau memecat barisan pentadbiran dan eksekutif kanan syarikat Twitter itu.

Jadual kerja yang padat dan memenatkan juga telah didedahkan oleh beberapa kakitangan syarikat itu kerana kini mereka berdepan dengan pelaksanaan pembaharuan yang ingin dibuat.

Bukan itu sahaja, gambar-gambar staf terpaksa tidur di pejabat turut tular untuk mengejar tarikh akhir projek yang semakin hampir.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.