Connect with us

Luar Negara

‘Dulu Setiap Tuaian Boleh Hasilkan RM11,000’ – Syarikat Minyak Beri Janji Manis, Penduduk Kesal Jual Tanah

Pelbagai cara akan dibuat oleh pengusaha syarikat besar demi mendapatkan tanah. Ada yang sanggup memperdaya orang kampung sehingga mereka termakan dengan janji manis yang diberikan.

Akhirnya petani-petani ini ditindas atas sikap tidak bertanggungjawab pengusaha syarikat menyebabkan mereka merana dan terpaksa menanggung kesempitan hidup.

Baru-baru ini penduduk kampung Wadung di mukim Jenu, daerah Tuban, Indonesia menzahirkan rasa kesal dalam demonstrasi kerana menjual tanah mereka kepada Pertamina Rosneft untuk pembinaan kilang penapisan minyak di Tuban.

Menurut sumber laporan Detik, salah seorang penduduk, Musanam, mengaku menyesal kerana menjual tanahnya yang sebelum ini digunakan untuk bercucuk tanam dan secara tak langsung dijadikan sumber pendapatan. Kini dia terpaksa menjual binatang ternakan miliknya untuk kelangsungan hidup.

“Dulu saya ada enam ekor lembu, saya sudah menjual tiga ekor untuk kehidupan seharian dan sekarang hanya ada tiga ekor sahaja,” kata Musanam sambil menagih janji Pertamina yang menjanjikan pekerjaan kepada penduduk kampung itu.

Mugi yang juga penduduk di situ turut menyertai tunjuk perasaan. Terdahulu, Mugi dikatakan mempunyai tanah pertanian seluas 2.4 hektar dan kemudian terpaksa menjualnya kepada Pertamina. Dia menerima bayaran Rp 2.5 bilion dan telah digunakan untuk keperluan harian dan sebahagiannya disimpan. Namun sekarang dia hanya menganggur.

“Ya, saya menyesal, dahulu tanah saya ditanam dengan jagung dan cili. Setiap tuaian saya boleh menghasilkan Rp. 40 juta (RM11,000), tetapi kini saya tidak lagi menjual hasil tanaman, saya tidak mempunyai pendapatan,” kata Mugi.

Mugi turut mengulas lebih lanjut berkenaan tanah yang dijualnya. Dia berkata, dirinya tidak berniat untuk menjual tanahnya namun  syarikat yang bertanggungjawab telah memujuk rayu kepadanya untuk menjual tanah. Dikatakan lagi, pihak syarikat juga sanggup datang ke kebunnya untuk memohon agar dijualkan tanah miliknya.

Isu tersebut telah menjadi punca Musanam dan Mugi hilang punca pendapatan sehingga terpaksa menjual apa yang ada untuk meneruskan kehidupan seharian.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.