Connect with us

Viral

“Dulu 3 Minit Je..” – Netizen Mengeluh ‘Frequency’ LRT Setiap 7 Minit Buat Penumpang Terpaksa Berhimpit

Sejak kebelakangan ini isu LRT semakin hangat diperkatakan di seluruh media sosial. Tempoh hari tular tentang masalah crowd control atau ‘kawalan orang ramai’ yang tidak sistematik.

Walaupun aduan telah dibuat, pihak RapidKL dilihat seolah-olah lepas tangan dan ambil mudah berkenaan isu fasiliti yang dihadapi orang ramai. Tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil oleh pihak tersebut.

Terbaharu, tular di laman Twitter di mana kekerapan LRT iaitu setiap 7 minit telah menimbulkan perdebatan di kalangan warganet terutama sekali yang sering menggunakan perkhidmatan LRT.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @transitmy, dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan kesesakan antara penumpang di dalam koc LRT.

Difahamkan, situasi itu berlaku di LRT yang menuju ke Putra Heights dan gambar-gambar yang dikongsikan diambil di Asia Jaya dan Kelana Jaya.

Menurut pengguna Twitter tersebut, kekerapan LRT setiap 7 minit di waktu puncak telah menyebabkan pengguna terpaksa menaikinya walaupun sudah penuh, secara tidak langsung membuatkan penumpang terpaksa berhimpit-himpit dalam ruang yang padat.

Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu dan mendakwa sebelum ini kekerapan LRT tidak begitu jauh di waktu-waktu puncak. Oleh itu, para penumpang tidak perlu menunggu lama.

Selain itu, mereka turut mendakwa situasi yang berlaku adalah kerana pihak RapidKL yang tidak menyelenggara permasalahan yang berlaku. Malah mereka berharap agar isu ini segera dibendung demi memudahkan penumpang.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.