Connect with us

Luar Negara

Disangka Kangkung Rupanya Ganja, Wanita Kongsi Pengalaman Pesan Mi Sup Di Thailand

Menghabiskan masa lapang dan bercuti bersama keluarga merupakan saat terindah yang patut kita hargai bersama. Bagaimanapun, momen bercuti itu menjadi suatu peristiwa yang tidak akan dilupakan buat seorang wanita yang bercuti bersama keluarganya di Thailand.

iospital phone repair gombak

Berdasarkan laporan World of Buzz, wanita tersebut yang berasal dari Singapura berkongsikan pengalamannya sewaktu dia bersama keluarganya bercuti di Thailand dan telah berkunjung ke sebuah kedai makan yang berhampiran dengan hotelnya.

“Saya memesan semangkuk mi sup, dan ia merupakan semangkuk mi sup yang sangat sedap,” katanya.

Oleh sebab mi sup tersebut berasa sangat enak, keesokan harinya wanita itu pergi semula ke kedai makan tersebut dengan memesan pesanan yang sama.

Namun begitu, apa yang mengejutkan wanita itu ialah dia baru sahaja sedar terdapat simbol kecil berbentuk ganja di mangkuk mi sup itu.

“Ketika itulah saya tahu semangkuk mi sup mengandungi ganja,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dikatakan makanan tersebut tidak menyatakan apa-apa bahawa mi sup itu mengandungi ganja dan dia benar-benar menyangka bahawa itu hanyalah daun kangkung sahaja.

Seperti yang kita sedia maklum, Thailand merupakan salah satu negara yang membenarkan penggunaan ganja dalam kalangan masyarakatnya.

Dan berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh negara jiran itu, setiap barangan yang mengandungi ganja itu hendaklah tidak melebihi daripada 0.2% sahaja.

Ekoran kejadian ini, Menteri Dalam Negeri Singapura sebelumnya telah memaklumkan bahawa pengambilan dadah tanpa sengaja atau tidak diketahui bukanlah sebagai satu kesalahan.

Walau bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Singapura agar berhati-hati dengan apa yang mereka makan khususnya ketika mereka bercuti.

Difahamkan, Biro Narkotik Pusat (CNB) turut telah menyatakan bahawa ‘siasatan akan diadakan’ sekiranya ujian air kencing kembali positif, tidak kiralah bagaimana ia telah digunakan.

Dengan itu, adalah lebih baik lakukan penyelidikan berhubung undang-undang ganja terlebih dahulu sekiranya anda merancang perjalanan atau melancong ke Thailand.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.