Connect with us

Politik

Dijangka Akan Menghadap Agong Hari Ini, PM Ismail Sabri Mohon Perkenan Pembubaran Parlimen

Isu tarikh akan bila Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini diadakan, masih menjadi persoalan. Ada pihak yang mahu tarikhnya dipercepatkan, ada juga pihak yang ingin tarikh tersebut dilambatkan ekoran banjir yang mungkin terjadi akibat dilanda musim tengkujuh.

iospital phone repair gombak

Menerusi ciapan di laman Twitter Bernama, satu perkongsian mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen pada hari ini.

“Kelihatan pelancong mengambil kesempatan bergambar di hadapan Pintu Utama Istana Negara dan keadaan masih lagi tenang walaupun PM @IsmailSabri60 dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen pada hari ini,” tulisnya dalam ciapan itu.

Bagaimanapun, kelihatan Pintu Utama Istana masih lagi masih lagi dalam keadaan tenang dan kelihatan pelancong masih sempat mengambil gambar di kawasan berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani pula, beliau akan menghadap YDP Agong pada Khamis, sehari sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada hari Jumaat.

Difahamkan selain Bajet 2023, perincian mengenai sesi menghadap iaitu sama ada ia turut melibatkan pembubaran parlimen, masih menjadi tanda tanya.

 

Ciapan Twitter:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.