Connect with us

Hiburan

Dihina Kerana Bentuk Badan, Almy Nadia Anggap Netizen Kurang Kasih Sayang

Pelakon wanita tanah air iaitu Datin Almy Nadia dilihat sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun namanya masih relevan di sosial media.

Pelakon yang juga isteri kepada Dato’ Fizz Fairuz sering dikecam netizen mulut jahat oleh kerana bentuk badannya yang dikatakan gempal dan kurang menawan.

Baru-baru ini, tular lagi sekali mengenai isu Almy Nadia di-body shaming oleh netizen di Instagram miliknya. Walaupun ini bukan pertama kali dia berdepan dengan kecaman orang ramai, namun dirinya berasa terpanggil untuk memuat naik satu hantaran.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah memuat naik komen seorang wanita yang mengutuk fizikal serta melakukan body shaming terhadpanya di Instagram.

Dalam perkongsian itu, wanita tersebut mempersoalkan tindakan aktres itu mempromosikan makanan tambahan untuk mengurangkan berat sedangkan badannya berisi.

“Sis, tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri gemuk kenapa nak promosi weight loss untuk followers kau?

“Sis, tak malu ke badan macam itu lagi nak upload video tengah makan,” komen wanita itu.

 

Ramai pengguna Instagram yang juga peminat Almy bengang dengan tindakan wanita tersebut yang seolah-olah dahagakan perhatian. Malah, Almy diminta untuk membuat laporan polis atas kesalahan buli siber.

Dengan matang Almy membalas komen wanita itu, dia mengajak orang ramai untuk mendoakan individu tersebut diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Enggan kecil hati dengan cemuhan yang dilemparkan, Almy, 36 bersangka baik mungkin wanita berkenaan tidak mendapat kasih sayang yang cukup selain menjalani kehidupan yang menyedihkan.

“Posting ni mungkin sekejap saja, lepas itu kita padam. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia dan akhirat.

“Semoga pemilik IG ini dapat reda dengan apa yang dia lalui. Mungkin zaman makin moden, pemilik IG ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat.

“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia dan akhirat… minta semua doa yang baik-baik, tolong. Saya tak kisah tahu… saya sangat-sangat okay saja,” katanya.

Terdahulu, Almy yang kerap membuat food review di laman sosial menzahirkan rasa sedih apabila menerima kata-kata kesat daripada beberapa individu di laman sosial.

Yang lebih teruk, ada yang cuba mengaitkan keguguran yang dialami pelakon ini ketika itu berpunca daripada pengambilan makanan untuk review di media sosial.

Sekadar info tambahan, Almy pernah keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu pada Februari 2020. Almy juga telah mendirikan rumah tangga bersama Fizz pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.