Connect with us

Selebriti

Dituduh Buat ‘Projek’ Dalam Tandas, Fiza Halim Dakwa Individu Dengki Tengok Kebahagiaan

Pelakon jelita Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim dilihat semakin bahagia dengan kehidupannya sekarang di samping anak-anak. Aktif di media sosial, Fiza kini giat menjadi duta produk-produk tempatan.

Sementara pelakon ini hanya sibuk dengan kehidupan sendiri, namanya tidak terlepas daripada terpalit dengan isu-isu hangat. Terdahulu, tular tentang kisah percintaannya. Kali ini lain pula!

Baru-baru ini nama Fiza tiba-tiba menjadi panas diperkatakan kerana didakwa membuat maksiat dengan seorang pelanggannya di dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka oleh seorang individu di Instagram.

Ketika dihubungi media, Fiza menidakkan dakwaan berikut dan menganggap sebagai satu fitnah kepadanya. Jelasnya, dia memang  ingin mendiamkan diri  pada mulanya memandangkan ibunya kini sedang terlantar sakit.

“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

“Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

“Ibu saya dah la tengah sakit… dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus, dah stage 3. Tiba-tiba datang pula masalah lain.”

Kata pelakon berumur 41 tahun itu, dia belum hilang akal lagi untuk melakukan perkara terkutuk yang boleh menjejaskan imej dia dan keluarganya.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak. Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

“Agak-agakla nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.”

Jelas bekas anggota kumpulan Elite itu lagi,  dia enggan menuduh mana-mana pihak kerana sedar ramai orang iri hati melihat kebahagiannya.

“Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita.”

Hantaran tersebut menunjukkan beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk pengkhidmatan seks.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.