Connect with us

Semasa

Didakwa Hempas Murid Sehingga Patah Kaki, Guru KAFA Mengaku Tidak Bersalah

Denda pelajar untuk tujuan mendidik tidak salah. Bagaimanapun, denda yang melampau sehingga mengakibatkan kecederaan teruk kepada seseorang pelajar tersebut amatlah tidak wajar sama sekali.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Harian Metro, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan cedera parah sehingga patah tulang kaki kanan terhadap anak muridnya.

Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah, 37, dikatakan telah membuat pengakuan itu sebelum memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan yang telah dibuat, tertuduh telah didakwa sengaja mengakibatkan kecederaan parah kepada anak muridnya berumur sembilan tahun itu sehinggakan patah tulang di bahagian kaki kanan.

Difahamkan, kesalahan itu dibuat dengan cara mengangkat dan menghempas pelajar tersebut di sebuah kerusi kayu.

Kejadian itu juga dikatakan berlaku di dalam sebuah kelas sekolah rendah yang terletak di daerah Marang jam 4.15 petang pada 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ekoran pengakuan tidak bersalah itu dibuat oleh tertuduh, mahkamah telah memutuskan tarikh sebutan kes akan dibuat pada 17 November depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 4,000 dengan seorang penjamin.

Selain daripada itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan bahawa tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding tersebut serta tidak boleh terbabit dengan jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee mengendalikan pendakwaan, manakala Abdul Hayyi Salim mewakili tertuduh sebagai peguamnya.

Terdahulu, media melaporkan terdapat suatu kes di mana seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas dihempas oleh seorang guru KAFA.

Dikatakan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di daerah tersebut pada 6 Julai yang lepas.

Ibu mangsa, 36, sedar akan kejadian yang telah menimpa anaknya itu kira-kira pada jam 5 petang pada hari yang sama selepas mangsa mengadu kakinya berasa sakit.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.