Connect with us

Viral

Dianggap Antarabangsa, Netizen Malu Dengan Fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil

Sabtu lepas, peminat bola sepak tanah air telah menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keputusan 1-2 sedikit sebanyak menimbulkan kekecewaan rakyat Malaysia.

Dalam pada rasa kecewa atas kekalahan Malaysia, ada yang lebih mengecewakan penyokong ketika datang menonton perlawanan tersebut pada beberapa hari lepas.

Seperti yang kita tahu, hujan turun dengan lebat sepanjang perlawanan berlangsung menyebabkan keadaan padang berlecak secara tidak langsung menganggu konsentrasi pemain.

Oleh itu, seperti yang dapat dilihat tempoh hari, beberapa orang staf stadium terpaksa menolak air menggunakan penyodok dan kadbod untuk mengeluarkan air yang bertakung di atas padang.

Bukan sahaja pemain yang terganggu dengan keadaan padang, malah fasiliti asas seperti tandas juga dinaiki air seolah-olah banjir di dalam stadium!

Tular sebuah video Di TikTok yang dimuat naik oleh @arfa_adam memaparkan di mana orang ramai yang ingin ke tandas dalam stadium tersebut terpaksa meredah air bertakung yang naik hingga paras buku lali.

Selain basah lencun meredah hujan, pengunjung juga terpaksa mengangkat sedikit seluar mereka untuk mengelakkan daripada terkena basah.

Kata pemuda ini, dia kecewa dan malu melihat fasiliti yang tidak dijaga dengan baik oleh pihak stadium sedangkan sudah bertahap antarabangsa!

“Sedih.. Dah la kalah.. Kena hadap air kumbahan pula” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat keadaan stadium antarabangsa itu kerana luarannya kelihatan gah tapi hampa. Ada juga yang mengatakan ia mungkin terjadi kerana penyelenggaraan tidak dilakukan sebaiknya.

Tidak hanya itu, beberapa orang individu mengatakan bahawa tiada lampu di beberapa tempat di stadium.  Para pengunjung akui kecewa dengan pihak stadium yang ‘gagal’ memastikan fasiliti stadium dalam keadaan baik.

Video yang tular di laman TikTok

@arfa_adam sedihhh..dah la kalah..kena hadap air kumbahan plak. #ultrasmalaya #malaysia #bahrine #snbj #fyp #fypage #indonesia #bangladesh #turkmenistan #afc ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.