Connect with us

Semasa

Dedah Modus Operandi Terbaharu ‘Scammer’, PDRM Ingatkan Orang Ramai Jangan Cemas

Bermacam-macam jenis helah yang diguna pakai oleh scammer sekarang untuk memperdayakan orang ramai. Ada yang menyamar sebagai peguam, pak cik saudara dan sebagainya. Yang lebih berani pula menyamar menjadi anggota polis!

Walaupun sudah banyak kali dibualkan tentang isu scammer ini, masih ramai daripada kita yang tertipu dengan taktik licik mereka. Agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil kalau kita yang dapat panggilan daripada mereka?

Baru-baru ini Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police mendedahkan modus operandi terbaharu scammer di laman Facebook milik mereka. Mereka turut menasihatkan orang ramai agar tidak cemas jika menerima sebarang pesanan ringkas yang melibatkan kad kredit.

Statistik sindiket penipuan scam itu sekali gus menunjukkan nombor telefon kini antara data peribadi paling berharga dalam dunia digital menjadikan ia sangat berbahaya jika diperoleh sindiket penipuan scam.

Kita dinasihatkan agar sentiasa peka dengan teknik-teknik terkini yang digunakan oleh sindiket scam untuk memperdaya orang ramai menjadi mangsa mereka.

Setiap hari pasti ada sahaja laporan yang diterima berkenaan penipuan dalam talian. Yang lebih mengejutkan, wujud pelbagai rangkaian penipuan yang didalangi oleh individu berniat jahat.

Scammer sering datang dengan idea-idea baru untuk memperdayakan orang ramai dengan helah mereka demi mendapatkan keuntungan. Lebih teruk, mereka sering memasang sasaran kepada warga emas kerana beranggapan mereka golongan yang lebih mudah untuk ditipu.

Kebelakangan ini mereka gemar menyamar menjadi kakitangan kerajaan. Selain itu peniaga dalam talian, penghantar barang dan bermacam lagi.

Baru-baru ini, scammer giat bertindak mengelirukan orang ramai dengan menghantar mesej berhubung pembayaran dalam aplikasi beli-belah dalam talian.

Berikutan itu, pihak Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police menasihatkan orang ramai aga kekal tenang dan gentar tetapi fikir sejenak

“Tarik nafas panjang panjang, fikir sejenak. Adakah kita ada kemudahan kad kredit dengan nombor sebegitu.”

Selain itu pihak mereka turut mengingatkan untuk memeriksa terlebih dahulu penggunaan kad kredit dengan nombor yang tertera di dalam mesej.

Sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mendedahkan beberapa modus operandi yang digunakan oleh scammer seperti mereka akan menghubungi mangsa dan memaklumkan mangsa telah terlibat dengan pelarian cukai, jenayah dan penggubahan wang haram.

Dalam pada masa yang sama, mangsa juga akan menerima surat atau e-mel yang memaklumkan mangsa terlibat dalam aktiviti perdagangan saham dengan salah satu syarikat pelaburan dan dikehendaki membuat bayaran tunggakan cukai.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.