Connect with us

Viral

“Dari menteri ke kaca TV” – Netizen Terkejut Faizal Azumu Berlakon, Siap Bawa ‘Scene’ Kena Lempar Telur!

Ratu Ten Pin 2 : Shalin merupakan drama bersiri terbaharu terbitan JS Pictures yang diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli. Drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 11 Julai 2022.

Turut menampilkan barisan pelakon sedia ada disamping pelakon baru. Antaranya Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato’ Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi!

Baru-baru ini tular sebuah babak di mana watak Shalin dilempar telur sempat dimarahi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu. Secara tidak langsung membuatkan ramai terkejut dengan kemunculan menteri itu sebagai salah seorang pelakon di dalam drama ini.

Jaguh boling negara, Shalin Zulkifli memuji kesungguhan Faizal atau lebih mesra disapa Peja dalam menjayakan watak dalam drama terbaharu Ratu Ten Pin 2.

Kata Shalin, biarpun babak baling telur itu satu interpretasi baharu pengarah, Peja memberikan komitmen terbaik dalam adegan bersama Jasmine Suraya itu.

“Ada yang terkejut tak tengok scene ni? Jazak allahu khairan YBM Dato Sri @faizalazumu sebab sanggup berkorban kena baling telur & protect “shalin”. Sporting sgt!

“Sungguh …saya , sis @sheilarusly_jspictures , abg @jinggo_jspictures tak percaya yang YB Dato Sri nak buat scene ni..saya tanye abg jinggo & sis, eh betul ke? Serious tak percaya.

“Terima kasih Dato Sri sebab banyak kasi kami motivation dan semangat untuk #ratutenpin2shalin. Saya sangat-sangat hargai..masha-Allah..to be apart of my story, so meaningful,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, ratu sukan boling ini turut mendedahkan situasi sebenar apabila menghadapi kekalahan.

“Yea, saya memang tak kena baling telur bila kalah macam ni. Tapi ni interpretasi sis dan abg Jinggo tentang macam mana kami sebagai atlet negara kadang-kadang dijulang setinggi langit bila menang dan dikecam teruk bila kalah.

“Secara jujurnya, tak ade atlet yang pergi sertai kejohanan untuk kalah atau bercuti. Kami tahu tanggungjawab kami kepada negara bila kami sarung jersi Malaysia.

“Segala pengorbanan, kecederaan, penat lelah kami tak semua yang tahu..hanya atlet lain, family dan team terdekat kami sahaja yang tahu. Sebab kami masih bertanding and we cannot show our weakness.

“Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kami akan kalah. Kadang-kadang kami perlu kalah, supaya kami boleh bangkit kembali dan menang,” katanya.

Ratu Ten Pin 2: Shalin akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Video yang tular di laman Instagram

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.