Connect with us

Viral

Darah Penduduk Berderau, Mini Tornado Hentam Bukit Kayu Hitam

Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda fenomena alam yang secara tidak langsungnya membawa bencana dan kerosakan.

Bukan sahaja datang sebagai musibah, malah kedatangan fenomena ini juga terjadi pada waktu yang tidak disangka-sangka.

Tular di media sosial baru-baru ini di mana sebuah video berdurasi hampir tiga minit memaparkan fenomena angin kuat seakan-akan puting beliung, turut dipanggil Mini Tornado, dikatakan berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Dipetik daripada laman Facebook We Are Malaysians,  video ini turut menjadi perhatian orang ramai sehingga jumlah tontonannya mencecah sehingga sebanyak 25 ribu kali di Facebook sejak ianya dikongsi.

Sementara itu, dalam video tersebut sempat memaparkan keadaan angin kencang yang ‘menyerang’ kawasan berkenaan telah menerbangkan barang-barang yang terdapat di sana sehingga tempat tersebut dilihat seperti tidak terurus.

Juga kedengaran suara wanita dipercayai perakam yang bertutur dalam dialek utara meminta orang di sekitar kawasan terbabit supaya lari menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, keadaan bertambah reda di hujung video. Pun begitu, hingga sekarang masih belum ada laporan sahih yang mengatakan fenomena berkenaan melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengumumkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di utara Semenanjung termasuk negeri Perlis dan Kedah sehingga jam 11 malam semalam.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.