Connect with us

Luar Negara

Dakwa Buah Pinggang Dijual Tanpa Pengetahuannya, Suami Mangsa Lari Bersama Isteri Baharu

Umumnya, hantaran kahwin mengikut adat di India diberikan oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih sukar apabila keluarga pengantin tidak mampu membiayai hantaran kahwin tersebut.

Memetik laporan Oddity Central, polis Malkangiri dilaporkan telah berjaya menahan seorang lelaki yang telah didakwa menjual buah pinggang isterinya tanpa pengetahuan isterinya itu.

Suspek insiden, Prasant Kundu menetap di kampung Kotameta.

Prasant telah berkahwin dengan isterinya, Ranjita selama 12 tahun dan telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Namun begitu tidak lama selepas kahwin, Prasant dan kakaknya itu mula mengganggu kehidupan isterinya itu disebabkan hantaran kahwin.

Difahamkan, Ranjita mendakwa bahawa suaminya pernah mendesaknya untuk menjual salah satu buah pinggang miliknya.

Lantaran itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis Malkangiri pada 24 Ogos lalu dengan menyatakan bahawa suaminya telah memasukkannya ke sebuah hospital swasta di Bhubaneswar pada 4 tahun lalu.

Dikatakan dengan alasan ‘kononnya’ untuk mengeluarkan batu karang daripada pinggang isterinya itu, malah sebenarnya itu cuma tipu helah Prasant semata-mata.

“Pada tahun 2018, suami saya telah memasukkan saya ke sebuah hospital swasta di Bhubaneswar selepas saya disahkah menghidap batu karang dan daripada situ dia telah menjual buah pinggang saya tanpa pengetahuan dan persetujuan saya.

“Saya tidak sedar akan kejadian tersebut kerana saya dibiuskan dengan ‘anaesthetic’. Suami saya telah menjual buah pinggang saya kepada Asim Haldar, kampung MV-38 di daerah kami,” jelas Ranjita yang merupakan mangsa suaminya itu.

Akhirnya, semua rahsia itu terbongkar apabila Ranjita pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan disebabkan sakit perut.

Ekoran itu, dia mendapat tahu bahawa dia sebenarnya telah hilang satu daripada dua buah pinggangnya.

Ranjita mendakwa buah pinggangnya itu telah dijual kepada seorang lelaki yang berusia 38 di daerah Malkanigiri pada tahun yang sama dia dimasukkan ke hospital pada hari tersebut empat tahun yang lalu.

Apa yang lebih menyakitkan, wanita itu juga mendakwa bahawa suaminya itu telah berlepas ke Andhra Pradesh lapan bulan lalu dan melarikan diri bersama isteri baharunya.

Ranjita dikatakan telah dihalau keluar daripada rumah dan kini tinggal bersama dengan keluarganya.

Sejurus itu, Prasant pergi ke Bengaluru.

Dengan aduan yang telah dibuat, siasatan menyeluruh telah dilancarkan ke atas perkara itu dan satu pasukan dihantar ke Bengaluru untuk menangkap suspek kes ini, Prasant Kundu.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.