Connect with us

Semasa

Cuti Haid Bakal Diperkenalkan, Netizen Kurang Setuju

Sebagai wanita, sudah menjadi lumrah untuk datang haid pada setiap bulan. Pun begitu, ia bukanlah satu penghalang untuk tidak hadir ke tempat kerja.

Baru-baru ini kita dikhabarkan pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita masih lagi dalam kajian dan dijangka akan selesai pada Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, proses pengenalan cuti haid ini bukan sahaja berkenaan kesejahteraan wanita semata-mata, tetapi ia juga melibatkan implikasi ekonomi negara.

Ini kerana, pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan libat urus dari pelbagai pihak bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini.

Beliau berkata, masalah kewangan yang berlaku dalam kalangan wanita menyulitkan lagi mereka untuk mendapatkan akses tuala wanita ketika haid.

“Kementerian berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanaknan berhubung subsidi tuala wanita, bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu ini, khususnya b40.

“Selain itu dapatan kajian juga membolehkan satu pendekatan komprehensif bersasar, bagi menangi isu ini, dan kajian itu dijangka siap pada oktober.”

Tambah beliau, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya kajian yang dilakukan terhadap perkara ini didapati mempunyai kepentingan yang signifikan jika diperkenalkan.

Sementara itu, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar turut berkongsi hantaran mengenai perkara ini melalui akaun Instagramnya. Pendapatnya, cuti sedemikian tidak wajar memandangkan Malaysia mempunyai bilangan cuti umum tertinggi di Asia Tenggara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut menyuarakan pandangan masing-masing. Rata-rata dilihat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menurut netizen, masih banyak lagi isu yang boleh dikupas dan diselesaikan selain masalah datang haid. Malah, ada yang menegaskan datang haid bukanlah penyakit sehingga memerlukan cuti khas secara tidak langsung membolehkan seseorang wanita tidak bekerja.

Hantaran yang dibuat oleh Fizo Omar di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.