Connect with us

Informasi

CIMB Dakwa Berlaku Ralat Dalam Pemprosesan Jadi Punca Sebahagian Akaun Pengguna Terkesan

Kecoh di seluruh media sosial apabila segelintir pengguna beberapa buah bank mendakwa duit yang disimpan mereka di dalam bank tiba-tiba lesap.

Isu tersebut sempat dikaitkan dengan berita Genting Hong Kong yang diisytiharkan jatuh muflis baru-baru ini.

Sama seperti bank yang lain, baru-baru ini sebahagian pengguna akaun bank CIMB turut dikejutkan dengan pembekuan akaun secara tiba-tiba selain dipaparkan angka sehingga negatif pada akaun peribadi. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan segala urusan transaksi menjadi leceh buat mereka yang terkesan.

Memetik daripada perkongsian New Straits Times, pihak CIMB telah menjelaskan mengenai perkara berikut bahawa terdapat kesilapan pemprosesan pada sistem perbankan yang menyumbang kepada sebilangan kecil akaun dibekukan secara mengejut. Dilaporkan sekitar 11,000 akaun pelanggan bank CIMB telah dibekukan sejak Isnin minggu ini.

Dalam pada itu, pengguna yang terkesan juga telah menerima mesej yang menyatakan terdapat hutang ribuan ringgit bersama bank terbabit. Tambah CIMB lagi, mereka sedang menghubungi pelanggan yang terjejas untuk menyelesaikan isu tersebut.

Rentetan daripada itu, pelanggan yang terjejas juga dimohon untuk menghubungi pihak CIMB pada talian 03-2295-6188 untuk tindakan seterusnya. Diharapakan supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar para pengguna boleh melakukan urusan transaksi seperti biasa.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.