Connect with us

Viral

Cik Non Viral Meninggal Dunia, Suami Pengasas Produk Enggan Buat Live Pengebumian

Bagi setiap manusia yang pernah hidup pasti akan merasakan mati. Walau bagaimanapun, kematian orang yang kita sayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Terutama sekali bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Pasti memerlukan masa yang agak lama untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka tiada lagi di dunia ini.

Hari ini (14 Jun 2022), seorang pengasas produk kecantikan,  Nor Shahada Aisyah atau lebih dikenali dengan nama Cik Non dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi. Berita duka ini telah disampaikan sendiri oleh suami arwah.

Suami arwah, @sabarituindahtau24434 telah menyampaikan berita tersebut melalui sebuah video yang dimuat naiknya di laman TikTok lebih kurang pada pukul 9 pagi tadi.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahada Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3:45 pagi tadi.”

Menurut suami arwah, dia tidak akan membuat siaran langsung pengebumian isterinya. Dalam kesempatan itu, dia juga memohon maaf bagi pihak isterinya sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan selama ini.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa kepada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya. Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia.”

Di ruangan komen, ada netizen mendakwa kematian arwah berpunca daripada jangkitan kuman yang sudah sampai ke otak hingga menyebabkan arwah kemudian ditidurkan.

Selain itu, mereka turut mendoakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang tidak percaya dengan kematian mengejut arwah.

Video yang tular di laman TikTok

@sabarituindahtau24434 ALFATIHAH UTK arwah isteri sy.#fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – sabarituindahtau24434🐻🇲🇾

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.