Connect with us

Viral

Cermin Kereta Pecah & Isi Sampah Bertaburan, Tindakan Penduduk Flat Undang Kemarahan Netizen

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan baik antara sesama jiran. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini semangat itu kelihatan semakin luntur sehingga mendatangkan keburukan kepada penduduk lain.

Iospital phone repair gombak

Menerusi video TikTok yang tular, kelihatan cermin bahagian belakang kereta jenis Proton Preve itu pecah disebabkan oleh sampah yang dipercayai dibuang oleh penghuni tingkat atas rumah flat yang didudukinya.

Kelihatan tempat duduk belakang itu dipenuhi dengan kaca-kaca bersepai dan isi sampah bertaburan di dalam kereta tersebut.

Kata wanita pemilik kereta berkenaan, dia terpaksa mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM 500 untuk membaiki cermin baharu dan lebih RM 100 untuk mencuci serpihan cermin kaca yang pecah itu.

Jelas pengguna TikTok yang dikenali sebagai @piqahhhhs_ itu, dia menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi bukanlah disebabkan perbuatan khianat atau tidak berpuas hati ke atasnya kerana kawasan parkir itu memang terbuka.

Difahamkan, terdapat tong sampah besar juga telah disediakan kepada penduduk di situ untuk membuang sampah.

Maka, tiada alasan bagi penghuni-penghuni flat ini bertindak mencampak dan membuang sampah terus dari kediaman mereka.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok yang berdurasi 15 saat itu telah mengutip sebanyak 394.2k tontonan, 21.6k suka dan 895 komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang tumpang bersimpati dengan keadaan yang ditimpa oleh wanita tersebut.

Beberapa cadangan juga dikemukakan kepada wanita tersebut misalnya memasang CCTV, membuat laporan polis dan laporkan kepada bahagian pengurusan tempat tinggal.

Bukan itu sahaja, ada yang berkongsi mengenai pengalaman mereka yang lebih kurang sama dengan apa yang dialami oleh wanita itu dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

“Buat report polis pastu bagi kt management sis. Jangan biarkan.”

“boleh kot pasang cctv… dn jika ada penghuni yg suka buang merata mcm ni.. ambl tindkan tegas”

“Sama la tapi kereta husband I kena baling batu dari atas. habis cermin belakang pecah. memang takde sivik !”

“Ya Allah teruknya. Bersabar atas ujian ya kak. Buat aduan kak..”

 

 

Video TikTok yang tular:

@piqahhhhs_Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮‍💨♬ original sound – ojccccc

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.