Connect with us

Viral

Buah Kelapa Tiba-Tiba Jatuh Hempap Kepala Pembonceng Motorsikal

Kemalangan yang tidak disangka-disangka ketika di atas jalan raya memang boleh melibatkan sesiapa sahaja pengguna jalan raya, baik yang memandu kereta mahupun menunggang motosikal.

Walau bagaimanapun, tidak dapat kita nafikan penunggang motosikal lebih berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan oleh kerana kurang ciri keselamatan, tidak seperti kereta yang memberi lebih perlindungan.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pembonceng lelaki apabila buah pokok kelapa di tepi jalan tiba-tiba gugur dan ‘menghentam’ topi keledar yang dipakainya sehingga dia terjatuh dari motosikal yang dibonceng.

Menurut video yang dikongsikan oleh Malaysia Gazette, lelaki tersebut dilihat terbaring di atas jalan raya selepas tergolek daripada motor. Kejadian dipercayai berlaku pada waktu siang ketika dia dan rakannya lalu di kawasan pokok kelapa di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Rakannya yang terselamat cemas lalu cepat-cepat menghentikan motor di tepi jalan dan segera mendapatkan rakannya yang tercedera itu. Dalam pada itu, dilihat ramai orang awam turut ikut membantu mangsa.

Kejadian sempat dirakam oleh dashcam milik sebuah kenderaan yang berada di belakang motosikal berkenaan dari jarak selamat.

Walaupun kejadian tersebut tular di media sosial serta berjaya meraih perhatian ramai, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menjengah ke ruangan komen, netizen meminta agar pihak bertanggungjawab menebang pokok-pokok kelapa di tepi jalan yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, mereka berpendapat mujur lelaki tersebut memakai topi keledar. Oleh itu, kecederaan yang dialaminya tidaklah begitu serius.

Video yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.